Khamis, 3 Mac 2016

5 petua Dekorasi Rumah Kecil
Rumah kalau besar mana pun, kalau kita tak pandai nak hias tak guna juga. Akan tetapi jika kita pandai buat hiasan dalaman atau dekorasi ruang, rumah kecil pun boleh dijadikan kelihatan luas.
Jadi, hari ni aku nak kongsi 5 petua untuk dekorasi rumah kecil.

Kecil Tips 1: Bermain Dengan Warna Tanyalah mana – mana pun pakar hiasan dalaman, warna adalah elemen yang sangat penting dalam dekorasi rumah ni. Kalau anda pandai pilih dan adunkan warna ni, rumah anda yang kecil akan kelihatan luas. Warna yang sesuai untuk jadi pilihan adalah, putih, krim, hijau muda atau biru langit. Sementara warna yang tidak digalakkan adalah warna-warna gelap seperti hitam, biru gelap, atau perang tua.

 Tips 2 : Letak Cermin Penggunaan cermin yang efektif juga boleh membuatkan ruang rumah anda anda yang kecil kelihatan besar. Letak beberapa cermin yang bersaiz agak besar pada kedudukan yang strategik sama ada di dalam bilik atau di ruang tamu. Jika kena pada gayanya, rumah kecil akan kelihatan lebih besar

. Tips 3 : Guna Perabot Secara Bijak Jangan sangka kalau guna perabot kecil kita boleh jimatkan ruang. Sebaliknya ia akan menyempitkan lagi ruang rumah kita kerana terpaksa menggunakan banyak perabot kecil tersebut. Seeloknya, gunakan perabot besar tetapi mempunyai ‘compartment’ yang banyak. Ini dapat menjimatkan penggunaan perabot sekaligus menjadikan ruang rumah kita bertambah luas. 

 Tips 4 : Pencahayaan yang Baik Teknik pencahayaan yang baik juga boleh menjadikan ruang yang sempit kelihatan luas. Elakkan dari menggunakan langsir yang berwarna gelap atau tidak telus cahaya. Sebaliknya gunakan langsir yang berwarna cerah. Jika ada bajet lebih, anda boleh gunakan blinds ataupun sheer.

 Tips 5 : Gantung Lukisan / Artwork Besar Satu lagi tips dekorasi rumah kecil yang boleh diamalkan adalah dengan menggantung lukisan atau artwork yang bersaiz besar. Rahsianya adalah lukisan atau artwork yang bersaiz besar akan membuatkan dinding rumah kita kelihatan lebih besar. Ini sekaligus menjadikan ruang rumah kelihatan lebih luas. People living in small homes shouldn’t shy away from big artwork. A large piece—actually makes the home feel more spacious -Nate Berkus
Buat Hiasan Dalaman Biar Sampai Cantik Kesimpulannya, tak perlu rumah besar atau guna banyak perabot untuk menjadikan rumah kita lebih luas. Sebaliknya, amalkan 5 petua dekorasi rumah kecil di atas untuk menjadikan rumah yang kecil lebih luas.
Flag Counter
Dekorasi yang menarik untuk ruang tamu sempit, ada idea? ini saya hidangkan contoh 7 hiasan dalaman....

Yang mana satu pilihan hati korang ?